PowerBatin.com

All about men and women...
 
Home­Register­Log in
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 Rentetan Kes Abby & Norman

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
olynn



Number of posts: 12
Registration date: 16/12/2008

PostSubject: Rentetan Kes Abby & Norman   Thu Dec 18, 2008 3:25 am

Disebabkan cerita terhangat sekarang kes norman hakim dan abby, terus tenggelam kes mawi nak kahwin dan lain2 cerita...


Ayat norman hakim (NH) ni memang jiwang karat "hanya maut memisahkan kita" haahahaha



Norman: "Abby-Memey sama-sama penting dalam hidup saya"
Oleh WAHIDA ASRANI



NORMAN-ABBY BERSEMUKA... Urutan rangkuman enamgambar detik Abby berada di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dankemudian bertemu dengan suaminya, Norman Hakim di Wangsa Maju, KualaLumpur kelmarin. (Ikut jam) Abby menitiskan air mata ketika menemuiwartawan, kemudian meninggalkan kawasan mahkamah dengan dokuman,menemui Norman di lokasi penggambaran, menyerahkan dokumen, pasanganAbby-Norman berjalan untuk mengadakan perbincangan 45 minit dankedua-dua mereka berdepan dengan wartawan.



PETALING JAYA: Meskipun didesak oleh isterinya, Abby Abadiuntuk bercerai, aktor Norman Hakim yang cukup sinonim dengan watakInspektor Haris dalam drama bersiri Gerak Khas, tetap dengan pendiriannya untuk mempertahankan mahligai yang dibina lebih enam tahun lalu.

Bagaimanapun setelah berkali-kali soalan tentang hubungannya bersama pelakon baru Memey diajukan, Norman memberitahu mStar Onlinehari ini, pelakon muda berusia 20 tahun itu dan Abby, yang juga pelakondan bekas penyanyi, adalah dua insan yang 'istimewa' baginya.

Minggu lalu, Norman dan Memey ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor di pejabat Norman di Ukay Perdana.

Kelmarin pula Abby mengunjungi Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timuruntuk memfailkan tuntutan bercerai tetapi tidak kesampaian keranadokumen yang dikemukakan tidak lengkap termasuk tiada butiran lengkapmengenai Norman.

MEMEY SUHAIZA
ABBY TETAP MAHU CERAI - DI SEGMEN BERITA"

Saya tidak mahu menafikan atau pun mengesahkan apa-apa. Cuma apayang boleh saya katakan di sini, kedua-duanya memainkan peranan pentingdalam hidup saya.

"Abby adalah seorang isteri yang sudah banyak berkorban untuksaya... dialah yang sentiasa memberi semangat untuk saya terus bertahandi dalam karier dan kehidupan sayasehingga kini, tetapi saya tidaknafikan pada masa yang sama, Memey pula sentiasa memberi inspirasi didalam apa yang saya lakukan.

"Saya tidak mahu menidakkan atau mengesahkan apa-apa di sini. Sayatakut, jika saya terus menafikan tetapi andai kata Allah sudah tentukansaya bertemu jodoh dengan Memey, masyarakat akan terus berkata sayabersandiwara pula.

"Saya masih menyayangi Abby sepenuh hati saya. Dia adalah ibu dan isteri yang terbaik.

"Tetapi dengan kuasa Allah, andai benarlah Memey ditakdirkan jodohsaya, saya tidak akan menolak untuk jadikan dia isteri kedua saya,tetapi saya tidak akan ceraikan Abby, kerana saya tetap sayangkan diasampai bila-bila," kata Norman.

Dalam nada tegas, aktor berusia 32 tahun itu berkata, dia akan terusberusaha agar kekeruhan rumahtangganya itu dapat diselesaikan segera,tetapi bukan berakhir dengan jalan perceraian.

"Saya tidak akan serahkan lagi dokumen perceraian yang diberiolehnya tempoh hari.Seboleh mungkin, saya ingin ia berakhir dengan carayang baik. Saya kenal Abby... dia memang nampak 'keras' di luar, tetapihatinya cukup lembut.

"Saya tahu dia masih inginkan saya dalam hidupnya, termasuklah demianak-anak juga. "Saya ada menghantar SMS kepadanya malam tadi dan sayaberitahu dia 'hanya maut yang akan pisahkan kita', tetapi tiada respondaripada dia.

"Saya tidak kisah untuk berjumpa dengan pakar kaunseling. Malah,saya harap pihak media juga boleh menjadi platform untuk kami berbaik.Saya tidak mahu lagi masalah rumahtangga saya menjadi satu 'pementasan'pula.

"Insya-Allah, satu masa nanti, saya harap saya dapat membawa Abbydan Memey sekali untuk bersemuka terus dengan wartawan," kata bapakepada tiga cahayamata iaitu Mohamed Danish Hakim, 5, Marissa DaniaHakim, 3 dan Maria Danisha Hakim, sebulan setengah.

Kata Norman, dia menganggap 'serangan' Abby yang turut disertaipihak media di set lokasi penggambaran drama bersiri Gerak Khas Isninlalu adalah satu petanda bahawa perceraian yang diminta itu sebenarnyatidak 'direstui' oleh Allah.

"Saya bersyukur sebenarnya dia datang ke sana dengan membawawartawan dan pada masa yang sama dokumen perceraian pula tidak lengkap.

"Ini sekali gus menunjukkan macam-macam benda yang menghalang kami dari bercerai.

"Saya faham perasaannya. Pada hari itu, bukan sengaja saya inginpertahankan Memey, tetapi saya mahu semua orang faham, saya ingin jagahati Abby dan Memey juga kerana saya rasa saya bertanggungjawab atasapa yang terjadi ini. Bukan bermaksud melebihkan mana-mana pihak.

"Saya ingin dia dan saya sendiri sama-sama membaiki kelemahan diri.Saya sedar, saya mungkin bukan suami yang baik dan saya akan berusahauntuk perbaikinya. Saya tidak mahu keadaan bertambah buruk," kataNorman.

Ujarnya lagi, dia memang tidak pulang ke rumah sejak kes khalwat ituuntuk mengelak pertengkaran dengan Abby. Namun, jelas Norman, bilakeadaan kembali tenang, dia berharap dapat bersemuka dengan Abby secarabaik.

"Ketika ini saya tinggal di rumah saudara-mara.. kadang-kadang diBangsar dan adakalanya di Kuala Lumpur. Buat masa ini, saya mahukeadaan reda dulu dan mungkin selepas itu saya harap kami bolehselesaikan dengan baik.

"Tak guna untuk berdepan sekarang kerana saya yakin pertengkaran pasti akan berlaku," kata Norman.


kenyataan balas Abby:


Cermin diri dulu kalau nak beristeri dua - Abby Abadi

Oleh FAIZAL SAHARUNI
mfaizal@kosmo.com.my


KUALA LUMPUR - "Pergilah cari cermin besar, cermin diri dan tengok siapa diri sendiri. Dia mampu ke kalau beristeri dua?"

Demikian sindir pelakon jelita, Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan, 30, ketika ditanya mengenai hasrat suaminya, Norman Hakim yang tidak menolak untuk berpoligami.

"Suruh dia mengucap panjang dan ingat Tuhan," nasihatnya dengan nada bersahaja.

Bagaimanapun menurut Abby, jika benar Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 32, mempunyai keinginan untuk berkahwin lain dalam masa terdekat ini, ia bukan satu masalah kepada dirinya.

"Dia boleh kahwin, saya tak kisah. Apa pun, dia perlu 'lepaskan' saya dahulu," katanya lagi dengan tegas.

Semalam, akhbar menyiarkan kenyataan Norman yang memberitahu dia bersedia untuk berkahwin lagi jika itu ditakdirkan kepadanya.

Menurut Norman, dia tidak mampu menolak ketentuan dan bersedia bernikah dengan pelakon baru, Memey Suhaiza Suhaimi, 20, yang ditangkap atas dakwaan berkhalwat bersamanya baru-baru ini.

Mengenai kenyataan Norman semalam bahawa Abby dan Memey sama penting dalam hidupnya, Abby memberitahu, dia menyerahkan kepada masyarakat untuk menilai siapa sebenarnya yang menjadi punca keretakan rumah tangganya.

"Umum boleh fikirkan tentang sikap sebenar Norman kalau dia boleh bercakap sedemikian kerana bayangkan selama tujuh tahun saya berkorban segala-galanya untuk dia, namun dengan sekelip mata dia boleh buat pengakuan Memey dan saya sama penting dalam hidup dia," katanya.


apa pandangan korang dalam kes ni

Mad


Last edited by olynn on Thu Dec 18, 2008 3:51 am; edited 3 times in total
Back to top Go down
View user profile
olynn



Number of posts: 12
Registration date: 16/12/2008

PostSubject: Re: Rentetan Kes Abby & Norman   Thu Dec 18, 2008 3:27 am

Saya tetap nak cerai’Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: “Walaupun Norman (Hakim) cuba memujuk saya untuk berbaik semula menerusi kiriman SMS baru-baru ini, saya tetap mahu meneruskan perceraian ini,” kata Abby Abadi mengulas usaha suaminya untuk menyelesaikan pergolakan rumah tangga mereka tanpa perceraian.

Katanya, dia sudah tidak berminat lagi mengambil tahu hal Norman dan pelakon baru, Suhaiza Suhaimi atau Memey, 20.

“Saya juga tidak tahu mereka akan berkahwin ataupun tidak, tapi yang pasti saya tak mahu berada antara mereka berdua.

“Tetapi saya hairan kenapa dia cuba menimbulkan isu baru iaitu rela memperisterikan Memey. Adakah kerana dia cuba mengaburi mata masyarakat mengenai kes tangkap khalwat mereka,” katanya.

Mengulas kenyataan suaminya yang bersedia mengahwini Memey, tegas Abby, Norman sepatutnya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kenyataan supaya tidak memalukan diri sendiri.

Secara sinis, Abby berkata, ketika tanggungjawab terhadap keluarga masih ada tidak tertunai, Norman ada hati hendak beristeri dua.

“Hati saya benar-benar tertutup untuknya. Sepatutnya sebelum dia mengeluarkan kenyataan untuk beristeri dua, dia perlu ingat adakah dia berkemampuan berbuat demikian. Isteri yang ada ini pun tidak terjaga.

“Bukan sebab kes tangkap khalwat itu saja saya ingin menuntut cerai tetapi sebelum ini banyak perkara dilakukan kepada saya yang sukar dijelaskan dengan kata-kata.

“Apa yang dapat dikatakan sekarang, saya tidak tahan lagi. Banyak perkara berlaku antara kami berdua tetapi saya tidak mahu ceritakan di sini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Abby juga mengharapkan Norman tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh memerangkap dan memalukan dirinya sendiri.

“Apabila saya bertanya mengenai cerita buruk mengenainya yang saya dengar, dia sanggup bersumpah dan sumpah itu kini memakan dirinya.

“Perkara buruk yang dilakukannya pada saya sudah terbukti dengan kes tangkap khalwat itu. Oleh itu, saya akan pastikan saya menang tuntutan cerai itu.

“Saya tidak mahu terus hidup bersamanya. Saya harap dia jangan timbulkan lagi isu baru selagi kes tangkap khalwatnya belum selesai,” katanya yang sudah lama memendam perasaan terhadap sikap suaminya itu.

Abby seterusnya mengingatkan Norman supaya jangan timbulkan perkara lain yang tidak patut.

“Biar saya dedahkan perkara sebenar iaitu sepanjang tahun ini, dia memang tidak balik ke rumah. Dalam tiga empat bulan dia balik sekali dua.

“Jika Norman menyoal keputusan saya untuk bercerai, ingin saya tegaskan ini adalah keputusan saya sendiri tanpa dipengaruhi sesiapa,” katanya.

Pelakon yang juga ibu tiga anak itu mempertikaikan kenyataan Norman yang menganggap dia dan Memey sama penting.

“Sungguh tidak masuk akal. Kalau benar dia seorang lelaki yang tahu erti pengorbanan seorang isteri, takkan mungkin dia menyamakan kedudukan saya dengan dia.

“Selama tujuh tahun kami berkahwin saya sanggup berkorban segala-galanya untuk dia. Saya bersusah payah untuknya tetapi dia tidak pernah bersusah payah untuk saya.

“Saya terpaksa dedahkan perkara ini kerana dia terlalu mendabik dada,” katanya.

Abby dalam menghadapi masalah rumah tangganya bersyukur kerana mendapat banyak sokongan golongan wanita termasuk daripada Datuk Maznah Hamid yang dikenali sebagai ‘Iron Lady’.

“Beliau menghubungi saya menghulurkan rasa simpatinya. Katanya, orang perempuan mesti kuat dan perlu membina hidup sendiri,” katanya.

Kemelut rumah tangga Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan, 30, bertambah parah apabila Norman atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, ditangkap khalwat bersama Memey di Ukay Perdana, 30 Oktober lalu.

Abby cuba mengemukakan permohonan cerai daripada Norman di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, Isnin lalu.

Bagaimanapun, dia gagal berbuat demikian kerana dinasihatkan pihak mahkamah supaya mengemukakan beberapa dokumen penting yang berada dalam simpanan Norman termasuk surat rujuk perceraian mereka pada Mei 2006.


Last edited by olynn on Thu Dec 18, 2008 3:30 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
View user profile
olynn



Number of posts: 12
Registration date: 16/12/2008

PostSubject: Re: Rentetan Kes Abby & Norman   Thu Dec 18, 2008 3:30 am

Norman nafi menikahi MemeyOleh AMMAR JAZLAN MAD LELA
ammarjazlan.madlela@kosmo.com.my


NORMAN memanjatkan doa selepas sembahyang istiqarah di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan malam tadi.

KUALA LUMPUR ¨Saya tidak pernah bernikah dengan Memey, malah tidak pernah menghantar borang nikah. Ini semua spekulasi.
Demikian tegas pelakon popular yang kini dilanda kontroversi, Norman Hakim atau Mohamed Norhakim Zaidon, 32, ketika ditanya mengenai desas desus beliau sudah berkahwin dengan pelakon baru, Memey Suhaiza Suhaimi, 20, yang ditangkap atas dakwaan berkhalwat dengannya baru-baru ini.
Norman lebih rela berserah kepada Tuhan bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku sehingga meretakkan hubungan dengan isterinya, Abby Abadi, 30.
Saya enggan komen lanjut pasal Memey, nanti ia akan disalahertikan pula, apa yang pasti keluarga kami tidak pernah berjumpa atau berbincang mengenai pernikahan dan sebagainya.
Ini komen terakhir saya berkenaan isu ini, berikanlah saya ruang untuk menyelesaikan masalah ini sambil mencari penyelesaian terbaik buat kami sekeluarga, katanya kepada pemberita di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan di sini, semalam.
Beliau yang ditemani abangnya, Mohd. Sophie, 44, dan sepupunya, Raizan Abd Razak berada di masjid itu untuk melakukan solat hajat dan istiqarah bersama beberapa jemaah lain.
Norman juga reda dengan apa yang bakal berlaku termasuk keretakan rumah tangganya sekali lagi.
Namun di sudut hati saya masih tersemat rasa sayang terhadap Abby dan anak-anak. Kalau Abby nak serang saya secara peribadi sekali pun biarlah, saya tidak akan balas kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan,jelasnya.
Back to top Go down
View user profile
olynn



Number of posts: 12
Registration date: 16/12/2008

PostSubject: Re: Rentetan Kes Abby & Norman   Thu Dec 18, 2008 3:32 am

Kuala Lumpur : Tilam toto, selimut dan tuala lembab dipercayai baru digunakan antara bahan yang ditemui sepasukan pegawai penguatkuasa JAIS. Sewaktu membuat serbuan dipejabat pelakon norman hakim 30 oct lalu.

Tiga bahan itu dikatakan ditemui dibelakang sebuah kerusi disamping pasangannya di aras 1 pejabat pelakon itu.

Semua peralatan ditemui itu akan dijadikan bahan bukti jika kes khalawat norman hakin & pasanganya Suhaiza Suhaimi atau memey dibicarakan dimahkamah.

(Mingguan Warta Perdana)


Sementara itu seorang pegawai penguatkuasa JAIS Daerah Gombak yg menyertai serbuan ke pejabat norman itu berkata, serbuan ke pejabat pelakon itu, dilakukan atas maklumat seorang rakan baik bapa Norman sendiri.

Rakan bapa pelakon itu telah menghubungi kami pada kira-kira jam 2 pagi memaklumkan bahawa Norman telah memasuki pejabatnya dan disyaki pasangannya ada bersama katanya.

Ketika pasukan penguatkuasa JAIS tiba, katanya keadaan pejabat itu gelap dan mereka mendapati dua kereta dipercayai milik pasangan itu ada di hadapan pejabat.

Setelah melihat kereta Proton Tiara dipercayai milik Norman dan Proton Persona dipercayai milik Memey, kami mengesyaki pasangan itu berada di dalam pejabat.

: Difahamkan Mohammad Sophee menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada memey yang memaklumkan serbuan pegawai penguatkuasa JAIS ke pejabat Norman pagi itu.

Sebaik memasuki aras satu pejabat Norman, anggota penguatkuasa JAIS mendapati memey dalam keadaan terpinga-pinga.

Memey ketika itu bertocang mengenakan baju serta berkot hitam katanya.

Ketika itulah penguatkuasa JAIS mendapati ada sebuah tilam toto belakang sebuah kerusi dan apabila tlam toto itu dibuka didapati ada kain selimut dan tuala lembab dalam keadaan berselerak dipercayai baru digunakan

Kami terus mencari Norman di aras satu tetapi beliau tidak ditemui sehinggalah kami menaiki tangga ke aras dua.

Setelah puas mencari akhirnya kami menemui Norman menyorok di dalam sebuah bilik stor dan sebaik pintu stor dibuka Norman terus terjatuh; katanya.

Menurut Pegawai Penguatkuasa itu Norman ketika itu hanya memakai kemeja T putih dan berseluar "BOXER" (seluar lelaki).

Sewaktu disoal siasat, Norman dengan wajah terpinga-pinga menjelaskan dia tinggal di aras dua sedangkan memey di aras satu " Kami tinggal berasingan "

Bagaimanapun selepas disoal siasat mendapati pasangan itu bukan suami isteri yang sah, kedua-duanya di bawa ke Balai Polis Taman Melawati kira-kira jam 3.30 pagi.


Mad Mad
Back to top Go down
View user profile
olynn



Number of posts: 12
Registration date: 16/12/2008

PostSubject: Re: Rentetan Kes Abby & Norman   Thu Dec 18, 2008 3:35 am

Sad Sad Sad

‘Norman melebihi batasan sebagai suami’Wajahnya nampak lebih tenang dan ceria. Ibu kepada tiga cahaya mata itu sudah nekad untuk mengikis kenangan silam.

Selama tujuh tahun mendirikan rumah tangga dengan Norman Hakim, 32,suka duka silih berganti. Baginya, jika setakat itu saja jodoh diantara mereka, dia reda menerima ketentuan Yang Maha Esa.

Bukanbermakna dia tidak sayangkan rumah tangga yang dibina, namun dugaanyang datang terlalu berat untuk dipikul. Hati isteri mana tidak terusikjika si suami sentiasa melebihkan wanita lain daripadanya.

Melihat susuk tubuhya yang kembali langsing walhal baru sebulan lebihmelahirkan anak ketiganya, Maria Danisha Hakim, jelas Abby, dia tidakberasa hendak makan nasi.

“Sebelum ini selepas melahirkanDanish (Mohamed Danish Hakim, 5) dan Marissa (Marissa Dania Hakim, 3)memang susah hendak kurus.

“Waktu itu hidup saya masih bahagiadan makan pun berselera. Namun dengan apa terjadi sekarangmenghilangkan selera makan saya,” katanya.

Bagaimanapun, kataAbby, dia tidaklah terlalu memikirkan mengenai kes tangkap khalwatsuaminya dengan pelakon baru, Suhaiza Suhaimi atau dikenali sebagaiMemey, 20.

“Perkara itu biar mereka yang selesaikan. Yang lebihpenting sekarang saya perlu fikirkan diri sendiri dan anak. Selama iniapabila saya bertanya mengenai hubungannya dengan perempuan lain,Norman selalu menafikannya. Sekarang dengan kes tangkap khalwatnya,segala-galanya sudah jelas.

“Jika dia tidak mahukan saya lagi,‘lepaskan’ saya dengan cara baik. Jangan memburuk-burukkan saya lagi.Cukuplah dengan apa yang berlaku. Baru-baru ini dia mengirim SMSmemujuk saya berbaik semula.
“Antara kata pujukannya pada saya, jika mahu berbaik semula, apa sajasaya minta dia akan berikan, termasuk membelikan ‘Kota London’ untuksaya. Segala impian dan harapan saya sudah musnah, tidak perlu diamemujuk saya lagi,” katanya.
Tangkap khalwat yang berlaku 30 Oktober lalu bukan kes pertama yangmemporak-perandakan rumah tangga mereka. Pada Mei 2006 pasangan popularini bercerai sekejap gara-gara kehadiran ‘orang ketiga’. Namun waktuitu Abby sanggup mempertahankan rumah tangganya kerana kasihnya padaNorman begitu menebal.

Bagaimanapun, kejadian kedua menutup terus pintu kasihnya kepada jejaka berasal dari Kuantan, Pahang itu.

“Mungkin ada yang bertanya kenapa saya sanggup mempertahankan rumahtangga saya yang pernah bergelora dua tahun lalu. Waktu itu sayaterlalu kasihkan Norman dan dengan harapan apa yang terjadi tidakberulang.

“Namun selepas itu saya tengok tidak banyak yangberubah dan kebanyakan perbuatan Norman hanya melukakan hati. Sayamasih sayangkan rumah tangga dan bukan senang seorang wanita inginmengambil keputusan hendak bercerai melainkan apa yang berlaku sangatmelukakan hatinya.

“Selepas kes khalwat itu, Norman langsungtidak bertanya khabar mengenai anak. Percakapan Norman tidak seiringdengan perbuatannya.

“Danish sudah boleh membaca dan dia bertanya saya kenapa papa kena tangkap. Saya jawab dalam nada bergurau, ‘papa jahat’.

“Biasanya waktu lapang saya akan membaca akhbar bersama Danish tetapisejak kes itu berlaku, saya tidak sempat memantau bahan bacaannya,”katanya.

Satu ketika dulu, kata Abby, Norman bolehlahmemperbodohkan dirinya. Sekarang tidak lagi. Abby juga membalaskenyataan Norman yang mengatakannya garang.

“Mestilah sayamarah kalau dia selalu sangat buat perangai. Selepas kejadian itu sayapergi berjumpa dengannya kerana kasihan, tetapi dia masih ‘berani’minta saya ‘tolong selamatkan dia dan Memey’. Cuba bayangkan perasaansaya ketika itu.

“Saya juga tidak pernah terlintas hendakmenyerang sesiapa, tetapi kenyataannya ketika berjumpa di lokasi GerakKhas itu menggugat kesabaran saya. Itupun saya datang cara baik. Hanyaselepas dia asyik menyebelahi perempuan itu (Memey) baru saya ‘naikangin’.

“Waktu kes dengan Farahdhiya dulu, hanya saya tahu apayang berlaku tetapi tidak boleh cerita kerana ia membabitkan maruah. Iabukan tuduhan, tetapi kenyataan.

“Dalam hidup berumah tangga,sepatutnya masing-masing tahu batas dan tanggungjawab, tetapi nampaknyaNorman melebihi batasan yang sepatutnya sebagai suami.

“Sayaberhati-hati menguruskan rumah tangga supaya perkara buruk tidakberlaku lagi, tetapi jadi juga. Dia terlalu leka dengan dunia luardaripada keluarga sendiri.

“Sehingga pada satu peringkat, sayatidak boleh menerimanya lagi. Sebenarnya saya tidak mahu menangis lagikerana tidak berbaloi langsung.

“Namun air mata ini gugur jugadengan apa yang berlaku kerana saya tidak mampu menipu diri yang sayamasih sayangkan dia. Dia juga adalah bapa kepada anak saya.

“Kepada sesiapa, tolong sedarkan Norman kerana saya tengok dia sekarangbukan diri dia lagi. Apa yang berlaku sangat berat untuk ditelan keranasaya menggantung harapan terlalu tinggi terhadap rumah tangga kami.Kini semuanya hancur.

“Jika dulu yang berat sama dipikul danringan sama dijinjing, kini pikullah beban masing-masing. Saya tahupunca pendapatan dia yang mengharapkan kepada berlakon saja dan dia adabanyak tanggungan. Saya juga tidak mahu ambil tahu lagi mengenaisyarikat yang kami usahakan bersama.

“Walaupun Norman berkerastidak mahu ceraikan saya, saya akan pastikan saya memenangi kesperceraian itu. Buat masa ini saya tidak mahu menggunakan khidmatpeguam kerana kosnya tinggi. Saya mencari rezeki untuk anak dan tidakboleh membazir begitu saja.

“Saya mahu rakyat negara inimengadili kes kami. Apabila keadaan terlalu mendesak, baru saya akanfikir menggunakan khidmat peguam atau tidak.

“Apa juga perkongsian saya dengan Norman selama kami menjadi suami isteri, saya akan tuntut semuanya, termasuk syer syarikat.

“Kes tangkap khalwat itu sangat memalukan saya kerana dia suami saya,” katanya.

Abby tidak nafikan emosinya terganggu mengingatkan semua yang berlakudan sedikit sebanyak menjejaskan tumpuannya di lokasi penggambarandrama. Namun pengarah mengerti hatinya dan memberi kerjasama kepadanya.

Seperti kenyataan Penerbit Skop Productions, Datuk Yusof Haslam, yangsudi menerima kehadiran Abby dalam drama Gerak Khas, Abby juga tidakkeberatan untuk kembali beraksi dalam drama kepolisan itu.

“Saya boleh berlakon dengan sesiapa saja dalam Gerak Khas, termasukNorman (yang memegang watak Inspektor Haris) tetapi sanggupkah diaberdepan dengan saya,” katanya.

Barangkali ada yang berkata,tidak mustahil satu hari nanti itu mereka berbaik semula demi anak.Namun jelas Abby, tidak mungkin dia kembali semula ke pangkuan Norman.

Pinta Abby kepada Allah SWT, kuatkan hatinya berdepan segalakemungkinan yang bakal terjadi pada masa depan dan pada Norman, janganrisau pasal anak.

Abby juga menitipkan pesanan buat Norman yang dia tidak dapat lagi menghulurkan tangan untuk membantu suaminya.
Back to top Go down
View user profile
olynn



Number of posts: 12
Registration date: 16/12/2008

PostSubject: Re: Rentetan Kes Abby & Norman   Thu Dec 18, 2008 3:38 am

Mad Mad Mad
ni lah gambar org ketiga tu (memey).

eii perampas! cun lagi abby
Mad



Mad Mad Mad Mad Mad Mad Mad


Last edited by olynn on Thu Dec 18, 2008 3:45 am; edited 2 times in total
Back to top Go down
View user profile
Admin
Admin


Number of posts: 22
Age: 27
Location: selangor
Registration date: 15/12/2008

PostSubject: Re: Rentetan Kes Abby & Norman   Thu Dec 18, 2008 3:41 am

wah........lengkap liputan kes norman-ebby. Very Happy

Ada hikmah di sebaliknya. Benda ni menjadikan abby wanita yang kuat. Tak semua pompuan setabah abby, lebih-lebih lagi baru bersalin, silap-silap boleh gila meroyan.
Nampak benor norman tu tak bertanggungjawab. Tak balik tengok anak pun. Bapak jenis apa, tak tau la.

Sad Crying or Very sad No
Back to top Go down
View user profile http://www.powerbatin.com
olynn



Number of posts: 12
Registration date: 16/12/2008

PostSubject: Re: Rentetan Kes Abby & Norman   Thu Dec 18, 2008 3:44 am

MEMEY SEMBUNYI?

KL, 10 NOV 2008: Kemelut yang melanda Norman & Abby Abadi belum lagi selesai. Orang ingin tahu apa akan jadi seterusnya walaupun jauh di sudut hati, Murai Batu sendiri mengharapkan agar rumah tangga mereka itu akan dapat diselamatkan. Siapa yang kahwin untuk bercerai bukan?

Tapi ke mana hilangnya Memey, orang ketiga dalam krisis itu? Apakah yang berlaku kepada pelakon remaja yang dicekup khalwat bersama Norman dalam 'Tragedi Oktober' itu?

Lalu selepas disiasat daripada satu sumber, Murai Batu dapat tahu Memey rupanya sekarang sedang menyorok diri. Bukan dalam gua batu kapur atau dalam belukar, tapi di rumah keluarganya sendiri di Kota Tinggi, Johor.

Kata sumber itu, Memey masih lagi dalam trauma dan terus menanggung malu. Dia perlukan ketenangan dan keluargalah menjadi tempat untuk berpaut serta meminta perlindungan. Haa... mujurlah awak tu masih ada keluarga Memey, jadi tolonglah jaga nama baik keluarga awak selalu.

Sebelum ini, Memey diminta oleh Norman supaya jangan memberikan sebarang kenyataan untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan. Tapi selepas insiden cekup khalwat itu berlaku, Memey sempat memberikan sedikit kenyataan melalui SMS kepada murai.com.my.

Ia antara lain berbunyi: "Selepas kejadian, terlalu banyak panggilan telefon saya terima daripada press tapi saya masih belum bersedia untuk beri apa-apa kenyataan. Bila saya sudah bersedia, saya pasti akan beri keterangan terhadap apa yang sebenarnya berlaku.

"Tapi, janganlah terus-menerus menghukum saya. Saya terlalu trauma untuk berhadapan dengan semua ini," katanya.

Lebih sensasi semalam, Ahad, ayah Memey, Suhaimi Sarwani, 45, berkata dia tidak kisah kalau anaknya itu ada jodoh dengan Norman. Dengan erti kata lain, dia sanggup menerima Norman sebagai menantu. Apa yang dapat dikatakan, mungkin itulah penerimaan orang tua yang lebih masak dengan masalah rumah tangga.

Sebagai orang tua, mungkin ayah Memey hormat dengan Norman yang bertanggung jawab terhadap apa yang berlaku terhadap anaknya apatah lagi Norman sendiri akui sayangkan Memey yang sudah lama dikenalinya. Ooo, sayang cover line lah ni kot...

Tapi yang terus makan hati adalah isteri Norman sendiri iaitu Abby. Dengan anak kecil baru lahir, Abbylah yang terpaksa makan hati berulam jantung. Abby pula tak sanggup bermadu dan meminta supaya dilepaskan. Begitulah lumrah hidup. Benarlah kata orang, perempuanlah jugalah yang mampu 'membunuh' perempuan, bukannya lelaki!

No confused
Back to top Go down
View user profile
olynn



Number of posts: 12
Registration date: 16/12/2008

PostSubject: Re: Rentetan Kes Abby & Norman   Thu Dec 18, 2008 3:46 am

ada lagi.... Shocked Shocked

(Gossip) Norman Hakim ke Rumah Memey Suhaiza di Felda Tenggaroh:
Rai Dengan Majlis BBQ


Mungkin ada peminat hiburan yang sudah bosan dengan cerita Norman Hakim
& Memey Suhaiza ini. Tapi, jika ada perkembangan kisah ini, tidak
salah berkongsi sesama kita.

Al-kisahnya, seorang penduduk Felda Tenggaroh menceritakan yang
beliau pulang ke kampung hujung minggu lalu & orang kampung sibuk
bercerita tentang Norman Hakim yang bertandang ke rumah keluarga Memey
Suhaiza pada hari Sabtu 22 November 2008.

Tujuan sebenar kedatangan Norman Hakim tidak dapat di’pastikan dan
menurut sumber, dengarnya Norman datang untuk meminta maaf kepada ibu
bapa Memey Suhaiza. Norman Hakim juga meluangkan masa untuk bermalam
di sana.

Ini bahagian yang menarik, malam hari Sabtu tersebut, ibu bapa
& keluarga Memey seolah-olah meraikan kedatangan Norman dengan
mengadakan BBQ
di hadapan rumah mereka. OHBULAN! naik hairan, ini
melawat minta maaf atau meminang?

Kita nantikan sahaja apa jawapan Norman Hakim & Memey Suhaiza berhubung perkara ini.

Suspect Suspect Suspect Suspect Suspect
Back to top Go down
View user profile
ayie_82



Number of posts: 9
Registration date: 17/12/2008

PostSubject: Re: Rentetan Kes Abby & Norman   Thu Dec 18, 2008 3:53 am

kan baru2 ni abby dah mohon cerai kali kedua pulak. kali ni dgn dokumen lengkap rasanya.

huhuhu...takde rujuk dah kot kalo cerai lagi kali ni!!! Evil or Very Mad Evil or Very Mad Evil or Very Mad
Back to top Go down
View user profile
Admin
Admin


Number of posts: 22
Age: 27
Location: selangor
Registration date: 15/12/2008

PostSubject: Re: Rentetan Kes Abby & Norman   Wed Dec 31, 2008 4:34 pm

Abby n Norman bercerai juga akhirnya...


Khamis Disember 18, 2008
Abby dan Norman bercerai lagi dengan talak satu
Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSEIN




Pasangan Abby Abadi-Norman Hakim akhirnya bercerai.

[SEMASA] KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim hari ini bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Gombak Timur.


Norman atau Mohamed Norhakim Zaidon, 32, melafazkan talak kepada Abby atau Arbaeyah Abdul Manan, 31, pada pukul 11.20 pagi ini di hadapan hakim Wan Mahyuddin Muhamad.


Semasa hendak melafazkan talak, Norman dilihat gagal mengawal perasaan, sehingga mahkamah terpaksa ditangguhkan kira-kira 10 minit untuk memberi masa kepada Norman menenangkan diri.


berita sepenuhnya selepas ini


Pada 5 Disember, Abby Abadi telah memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya, Norman Hakim yang baru-baru ini ditangkap khalwat dengan seorang pelakon baru, Memey Suhaiza.


Permohonan tersebut difailkan melalui peguam syarie, Ahmad Nazib Johari di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini.


Itu merupakan kali kedua Abby memfailkan permohonan perceraian setelah cubaan kali pertama yang dilakukan sendiri tanpa peguam syarie pada 3 November lalu gagal disebabkan dokumen yang tidak lengkap.


Mahkamah menetapkan hari ini untuk mendengar sebutan kes tersebut untuk mengetahui sama ada Norman yang juga seorang pelakon bersetuju atau sebaliknya terhadap permohonan isterinya.


Jelas beliau, Abby mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga (Negeri Selangor) 2003 iaitu bercerai dengan persetujuan Norman melalui kebenaran mahkamah.


Dalam permohonan itu, kata Ahmad Nazib, Abby memohon perceraian dengan alasan tiada lagi persefahaman antara mereka suami isteri.


Abby yang baru menyambut hari jadi yang ke-31 pada 1 Disember lalu sebelum ini pernah menegaskan untuk mengakhiri perkahwinan mereka ekoran krisis yang melanda.


Norman yang juga seorang ahli perniagaan bagaimanapun berharap agar rumah tangga mereka dapat dipertahankan demi kebahagiaan tiga orang anak mereka.


Rumah tangga pasangan artis tersebut dilanda kemelut apabila Norman ditangkap khalwat bersama Memey di sebuah premis perniagaan di Ukay Perdana dekat sini pada awal pagi 30 Oktober lalu.


Pada 3 November lalu, Abby dinasihatkan oleh pihak mahkamah supaya berbincang dengan Norman terlebih dahulu supaya dapat bercerai secara baik, setelah dia gagal memfailkan perceraian ekoran dokumen permohonan yang tidak lengkap


Sejurus selepas itu, Abby bertindak nekad berkunjung ke lokasi penggambaran drama bersiri Gerak Khas di Wangsa Maju untuk menemui Norman bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.


Pasangan tersebut yang mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2002 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Hakim, 5, Marisa Dania Hakim, 3, dan Maria Danisha Hakim, dua setengah bulan.


Norman dan Abby pernah bercerai talak satu pada 5 Mei 2006. Bagaimanapun, mereka rujuk semula dalam tempoh yang singkat.
Back to top Go down
View user profile http://www.powerbatin.com
 

Rentetan Kes Abby & Norman

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
PowerBatin.com :: Alam Perkahwinan :: Asam Garam Rumahtangga-
Post new topic   Reply to topic